Assalamualaikum wbt dan hai,
Alhamdulillah, 19 Januari, bertambahlah lagi satu angka dalam usiaku. Cepat dan pantasnya waktu berlalu. Terlintas dalam hati, apa yang telah aku berjaya capai dalam hidupku, sejauh mana 27 tahun kehidupanku memberi manfaat kepada orang lain, bagaimana pula dengan kantung pahalaku, bahagiakah kedua ibubapaku.
Sedikit throwback, sedekad lepas, aku merupakan calon SPM di salah sebuah sekolah di Terengganu dan turut diberikan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar. Alhamdulillah, zaman sekolah menengah banyak membantu aku untuk menjadi manusia yang matang dan menjadi insan yang mampu berdikari walaupun terkadang aku terfikir, betapa banyaknya khilaf aku pada waktu itu.
Tamat persekolahan, aku ditawarkan untuk menyambung pengajian di Pusat Pengajian PraUniversiti Malaysia Sarawak dalam bidang Asasi Sains Hayat dan juga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Dan aku memilih untuk pergi ke Sarawak. Kenapa? Asasi Sains Hayat di Unimas adalah pilihan pertama aku dalam UPU dan aku memilih untuk pergi jauh ke sana, pertama, kerana niatku adalah untuk mencari ilmu dan pengalaman; kedua, aku ke ingin ke suatu tempat.suasana dan persekitaran yang baru,di mana aku boleh membentuk diri aku yang baru. Kegagalan aku mencapai target ketika SPM telah menghentak aku dengan keras lantas minda bawah sedar aku memohon untuk membawa diri untuk pergi jauh.
Dipendekkan cerita, 8 tahun aku membawa diri ke Kepulauan Borneo dan akhirnya aku berjaya menamatkan Asasi, menggenggam ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Kimia sumber dan juga Sarjana Sains dalam bidang Kimia. 8 tahun di tempat orang, bermacam ragam yang aku jumpa, pelbagai pengalaman yang aku timba. Pengalaman yang cukup mendewasakan. Alhamdulillah.
Tamatnya pengajian, aku memohon untuk menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di Terengganu. Pengetua memberi amanah untuk aku mengajar subjek Sains Ting 1,4 dan 5. Terpana aku lantas aku maklumkan pada Pengetua, "Cg, saya tak rasa saya layak mengajar kelas peperiksaan". Namun Pengetua membalas, "Saya percaya awak boleh. Bidang pengajian awak bukan calang-calang. Mungkin kita juga perlukan awak untuk subjek Kimia nanti". Akur, aku berazam untuk mencuba sehabis baik. Rezekiku mungkin, tamat sahaja tugas aku sebagai guru ganti, aku ditawarkan pekerjaan sebagai Lab Assistant di sebuah kilang pembuatan/pembekal di Shah Alam. Ku kira pekerjaan ku yang pertama itu adalah tidak setaraf dengan kelayakanku, namun kerana secebis pengalaman, aku terima jua. Tidak lama selepas itu, ketika diri ini telah mula selesa dengan alam kerja, akhirnya aku mendapat satu peluang baru sebagai ahli kimia di sebuah makmal analisis swasta. Kali ini sesuai dengan kelayakan dan bidangku, namun aku harus terus merantau ke Utara Malaysia, Pulau Pinang. Pengarah Urusan syarikat tanpa banyak bicara menawarkan jumlah gaji yang aku minta dan menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada aku untuk memutuskan tarikh bagi aku mula melapor diri.
Aku minta masa untuk berfikir memandangkan aku juga perlu menghantar notis berhenti tugas dan menyelesaikan urusan serah tugas kepada majikan aku sebelum ini. Aku membuat keputusan untuk memulakan kerjaya baru sejurus sambutan Chinese New Year 2019. Jadi cukuplah masa aku untuk mengajar staf baru tentang SOP di syarikat aku sebelum ini.
Sedar tak sedar, telah setahun aku menetap di Pulau Pinang. Again, bermacam ragam manusia yang aku jumpa, yang semuanya membantu mengindahkan warna kehidupanku. Aku tertanya-tanya, ke mana lagi arahku selepas ini?
Nota kaki:
Soalan paling famous yang aku terima tahun ini adalah, "Bila nak berumahtangga??".. Allahu, aku pun masih belum punya jawapannya.. Untuk ma dan abah, jangan risaukan diri ini. InsyaAllah, it will find its own way. I still trying my best to improve myself.
No comments:
Post a Comment