Monday, January 20, 2020

Bicara Rasa - Ariff Bahran & Sarah Suhairi



Ada apa dengan cinta
Yang hanya manis pada bicara
'Tika bahagia indah semua
Sepertinya syurga milik kita
Ada apa pada cinta
Yang hanya manis pada mulanya
'Tika sempurna tidak bercela
Sepertinya esok milik kita
Sampai bila
Harus kita terus menghukum
Perasaan yang semakin mati
Biarkanlah berlalu
Biar terhapus
Agar terpadam yang hitam
Sampai bila
Harus kita terus menjauh
Terus menafikan yang dirasa
Bukakanlah hatimu
Izin kusentuh
Patrikan semula
Andainya masih ada rasa yang terbuku
Semaikanlah sepenuh jiwa agar tidak terkubur
Maafkan aku yang dulu
Maafkan aku kasihku
Benarkan segalanya
Sampai bila
Harus kita terus menghukum
Perasaan yang semakin mati
Biarkanlah berlalu
Biar terhapus
Agar terpadam yang hitam
Sampai bila
(Harus kita terus menjauh)
Terus menafikan yang dirasa
Bukakanlah hatimu (bukakanlah hatimu)
Izin kusentuh (Izin kusentuh)
Patrikan semula
Cinta kita

Sunday, January 19, 2020

Alhamdulillah for Another Year

Assalamualaikum wbt dan hai,

Alhamdulillah, 19 Januari, bertambahlah lagi satu angka dalam usiaku. Cepat dan pantasnya waktu berlalu. Terlintas dalam hati, apa yang telah aku berjaya capai dalam hidupku, sejauh mana 27 tahun kehidupanku memberi manfaat kepada orang lain, bagaimana pula dengan kantung pahalaku, bahagiakah kedua ibubapaku.

Sedikit throwback, sedekad lepas, aku merupakan calon SPM di salah sebuah sekolah di Terengganu dan turut diberikan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar. Alhamdulillah, zaman sekolah menengah banyak membantu aku untuk menjadi manusia yang matang dan menjadi insan yang mampu berdikari walaupun terkadang aku terfikir, betapa banyaknya khilaf aku pada waktu itu. 

Tamat persekolahan, aku ditawarkan untuk menyambung pengajian di Pusat Pengajian PraUniversiti Malaysia Sarawak dalam bidang Asasi Sains Hayat dan juga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Dan aku memilih untuk pergi ke Sarawak. Kenapa? Asasi Sains Hayat di Unimas adalah pilihan pertama aku dalam UPU dan aku memilih untuk pergi jauh ke sana, pertama, kerana niatku adalah untuk mencari ilmu dan pengalaman; kedua, aku ke ingin ke suatu tempat.suasana dan persekitaran yang baru,di mana aku boleh membentuk diri aku yang baru. Kegagalan aku mencapai target ketika SPM telah menghentak aku dengan keras lantas minda bawah sedar aku memohon untuk membawa diri untuk pergi jauh. 

Dipendekkan cerita, 8 tahun aku membawa diri ke Kepulauan Borneo dan akhirnya aku berjaya menamatkan Asasi, menggenggam ijazah Sarjana Muda(Kepujian) Kimia sumber dan juga Sarjana Sains dalam bidang Kimia. 8 tahun di tempat orang, bermacam ragam yang aku jumpa, pelbagai pengalaman yang aku timba. Pengalaman yang cukup mendewasakan. Alhamdulillah. 

Tamatnya pengajian, aku memohon untuk menjadi guru ganti di sebuah sekolah menengah di Terengganu. Pengetua memberi amanah untuk aku mengajar subjek Sains Ting 1,4 dan 5. Terpana aku lantas aku maklumkan pada Pengetua, "Cg, saya tak rasa saya layak mengajar kelas peperiksaan". Namun Pengetua membalas, "Saya percaya awak boleh. Bidang pengajian awak bukan calang-calang. Mungkin kita juga perlukan awak untuk subjek Kimia nanti". Akur, aku berazam untuk mencuba sehabis baik. Rezekiku mungkin, tamat sahaja tugas aku sebagai guru ganti, aku ditawarkan pekerjaan sebagai Lab Assistant di sebuah kilang pembuatan/pembekal di Shah Alam. Ku kira pekerjaan ku yang pertama itu adalah tidak setaraf dengan kelayakanku, namun kerana secebis pengalaman, aku terima jua.  Tidak lama selepas itu, ketika diri ini telah mula selesa dengan alam kerja, akhirnya aku mendapat satu peluang baru sebagai ahli kimia di sebuah makmal analisis swasta. Kali ini sesuai dengan kelayakan dan bidangku, namun aku harus terus merantau ke Utara Malaysia, Pulau Pinang. Pengarah Urusan syarikat tanpa banyak bicara menawarkan jumlah gaji yang aku minta dan menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada aku untuk memutuskan tarikh bagi aku mula melapor diri.

Aku minta masa untuk berfikir memandangkan aku juga perlu menghantar notis berhenti tugas dan menyelesaikan urusan serah tugas kepada majikan aku sebelum ini. Aku membuat keputusan untuk memulakan kerjaya baru sejurus sambutan Chinese New Year 2019. Jadi cukuplah masa aku untuk mengajar staf baru tentang SOP di syarikat aku sebelum ini.

Sedar tak sedar, telah setahun aku menetap di Pulau Pinang. Again, bermacam ragam manusia yang aku jumpa, yang semuanya membantu mengindahkan warna kehidupanku. Aku tertanya-tanya, ke mana lagi arahku selepas ini?

Nota kaki:
Soalan paling famous yang aku terima  tahun ini adalah, "Bila nak berumahtangga??".. Allahu, aku pun masih belum punya jawapannya.. Untuk ma dan abah, jangan risaukan diri ini. InsyaAllah, it will find its own way. I still trying my best to improve myself. 

Monday, January 13, 2020

Puisi Cinta Buatmu

Ku lihat langit membiru,
Ku lihat ombak menghempas batu,
Tetapi hatiku masih resah dan malu,
Adakah benar apa yang kurasa itu.

Aku manusia biasa,
Wanita yang punya hati dan jiwa,
Menyimpan kemas seribu rasa,
Ingin kuluah malu rasanya,
Hanya pada Allah kuluah segala.

Semoga Allah lindungi aku,
Dari sesuatu yang tidak baik bagiku,
Pada Allah kuserah cintaku,
Agar tidak aku tersungkur dan layu.

Buat dirimu,
Andai benar takdirku denganmu,
Doaku agar dibukakan pintu,
Yakinlah kamu dengan aturan Tuhanmu.

13/1/2020




Menjadi Insan yang Matang

MATANG atau dalam bahasa inggeris mature mengandungi beberapa maksud yang berbeza bergantung kepada penggunaan kita dalam sesuatu ayat. Matang boleh merujuk kepada masaknya sesuatu, seperti buah. Dalam Kamus Dewan juga turut mendefinisikan matang sebagai kesempurnaan fikiran mungkin berdasarkan pengalaman, umur dan sebagainya. Kematangan juga boleh dilihat dari segi cara seseorang berfikir dan bertindak. Namun, bilakah seorang manusia mencapai tahap matang masing-masing? Sesuatu yang sukar untuk ditelah dan dijawab. Tindak balas kita terhadap sekeliling menunjukkan kematangan kita dalam daya fikir dan bertindak. Pernah sahaja saya berjumpa dengan anak muda yang lebih matang pembawakan dirinya berbanding usianya. Proses seseorang manusia untuk menjadi matang dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pengalaman dan perjalanan hidup, kebolehan hidup berdikari, rakan sebaya dan sebagainya.

Bersifat matang tidak bermakna kita harus bersikap serius sepanjang masa. Tetapi keberanian kita untuk menghadapi masalah dan cabaran, keberanian untuk memikul tanggungjawab, keberanian untuk terlebih dahulu merendahkan ego meminta maaf, kecerdikan dari segi tutur bicara (dari segi mengutarakan pendapat dan sebagainya) dan juga kesopanan dari segi adab dan moral, mampu menjadi cerminan bahawa diri kita adalah seorang yang matang akal dan budi.

Kematangan juga mampu membantu kita untuk berfikir dengan lebih tepat dan rasional kerana sedikit sebanyak, sifat kematangan yang ada pada diri kita akan membantu kita untuk mengawal emosi dengan lebih baik. 

Jadi, banyakkanlah bergaul, banyakkan mengembara, banyakkan membaca supaya dapat meraih pelbagai pengalaman dan membentuk diri kita supaya menjadi seorang dewasa yang bersifat matang. 


Saturday, January 11, 2020

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Sumber

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua,

Lama x menulis, kekok terasa diri ini. Tapi aku cuba sehabis baik kerana sedikit sebanyak, perkongsian ini mungkin boleh membantu anda-anda yang luar sana yang sedang menyambung study dalam bidang kimia, dan mungkin masih keliru apa kerjaya yang anda boleh ceburi.

Kimia adalah satu bidang yang boleh dikatakan mencabar dan juga kritikal. Bidang kimia boleh dikatakan sebagai satu bidang yang cukup luas dan dipecahkan kepada beberapa disiplin seperti farmaseutikal, getah dan lateks(polimer), industri minyak dan gas, industri makanan, persekitaran (air, udara dan tanah) dan sebagainya. Bidang kerja juga cukup meluas sebenarnya jika diperhatikan dari skop pembelajaran, tapi satu perkara yang saya harus akui, bidang kimia tidak berkembang dengan begitu luas lagi,terutamanya dari segi penyelidikan di Malaysia menjadikan peluang pekerjaan begitu terhad untuk menampung ribuan graduan yang bergraduat saban tahun.

Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian bagi bidang Kimia Sumber. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Sumber ini hanya ditawarkan di Universiti Malaysia Sarawak(Unimas) sahaja. Dari segi skop pembelajaran dan pengajian, bidang Kimia Sumber meliputi pelbagai disiplin kimia seperti Natural Products, Food Chemistry, Forensic Chemistry, Analytical Chemistry, Physical Chemistry, Environmental Chemistry, Organic Chemistry, Inorganic Chemistry, Polymer Chemistry, Petroleum Chemistry, Biochemistry, Medicinal Chemistry, Industrial Chemistry dan beberapa lagi pecahan disiplin yang lain.

Sekiranya anda ditawarkan kursus ini di UNIMAS, tempoh pengajian adalah selama 3 tahun sahaja. Agak singkat jika dibandingkan dengan dengan sesetengah kursus pengajian Kimia yang ditawarkan di universiti lain. But not to worry, everything gonna be fine. Tahun 1, anda akan didedahkan terlebih dahulu dengan asas dalam kimia tetapi tidaklah sesenang seperti silibus Kimia SPM mahupun silibus di matrikulasi/asasi. Bagi bidang pengajian ini, anda diwajibkan untuk melengkapkan Latihan Industri selama 3 bulan. Latihan ini penting untuk mempersiapkan anda untuk menempuh alam pekerjaan dan sedikit sebanyak juga dapat memberi hint apakah pekerjaan yang sesuai bagi kelulusan kita ini. Entry berkenaan kerjaya akan saya kongsi di lain hari.

Itu sahaja buat hari ini, sekian. Semoga bermanfaat.

Tuesday, January 7, 2020

Tiada Dirimu - Shila Amzah



Kucoba mengerti

Siapa diriku
Di dalam hidupmu
Apa maunya lagi

Jika kau tak mampu
Mengingin cintaku
Biar berat 'ku menghadapi

Tidak 'kan kuulangi
Meminta hatimu
Tak pernah kusesali

Hadirmu di hatiku
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu
Diam tanpa bicara

Harus bagaimana ingin kulewati
Biar berat 'ku menghadapi

Tidak 'kan kuulangi
Meminta hatimu
Tak pernah kusesali

Hadirmu di hatiku
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu
Biar berat 'ku menghadapi

Tidak 'kan kuulangi
Meminta hatimu
Tak pernah kusesali

Hadirmu di hatiku
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu
Tak pernah kusesali

Hadirmu di hatiku
Walau hariku
Tanpa dirimu
Tak ingin kuulangi

Apa yang terjadi
Walau hariku
Aku jalani tanpa dirimu
Walau diriku

Tanpa dirimu

Monday, January 6, 2020

2020

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, masih dikurniakan peluang dan kesempatan oleh Allah untuk membuka lembaran baru pada tahun ini. 2019 merupakan tahun yang penuh dgn pencapaian yang tak pernah aq jangka mampu untuk aku capai. Permulaan tahun 2019 aku buka dengan menghadiri temuduga di salah sebuah perkhidmatan makmal dan analisis swasta di utara tanah air. Dan tanpa aku duga, aku terus ditawarkan jawatan sebagai ahli kimia sesuai dengan kelayakanku dan aku diberi kelonggaran untuk memilih tarikh sesuai bagi aku melapor diri. Alhamdulillah, nikmat Tuhan yang mana ingin aku dustakan. Tidak pernah aku menduga tertulis rezekiku disini. Bulan April 2019 diberi kesempatan untuk menjenguk Unimas dan meluangkan sedikit masa untuk sharing session tentang perjalanan diri untuk menamatkan pengajian dan sedikit tips mengharungi alam pekerjaan. Sesungguhnya ilmuku sedikit cuma, namun kucuba sehabis daya untuk berkongsi. Bulan Jun 2019, tesis akhir Master ku akhirnya diterima oleh pihak CGS, dan surat kelulusan senat akhirnya keluar pada Julai 2019 menyatakan bahawa aku telah layak bergraduat dan dijemput menghadiri Majlis Konvokesyen ke 23 pada Oktober 2019. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah... Menutup tahun 2019 dengan baik, aku merangka perjalanan hidupku untuk 2020. Tapi jangan sangka perjalanan 2019 ku begitu lancar. Ada cabarannya yang mungkin akan aku kongsi dalam posting yang lain.

Blog baru

InsyaAllah blog ini akan lebih berwajah baru, lebih matang dan semoga perkongsian mampu menjadi pengisian yang bermanfaat

Cerewet Ke Aku??

Aku tak makan durian Sayur frozen yang 3 sekawan(jagung,lobak dan kacang peas) tu pun aku tak makan Aku tak makan budu walau aku orang Teren...