Thursday, October 1, 2020

Cerewet Ke Aku??

Aku tak makan durian

Sayur frozen yang 3 sekawan(jagung,lobak dan kacang peas) tu pun aku tak makan

Aku tak makan budu walau aku orang Terengganu

Aku tak suka orang usik barang aku

Aku tak suka 

Cerewet ke aku???


Aku kenal dengan lelaki

Nampak dia berlengah dalam urusan wajib dengan Tuhan, aku angkat kaki.

Nampak berkepul-kepul asap rokok/vape dari mulutnya, aku menjauh diri.

Nampak dia selambe keluar berseluar pendek kalah apek, aku mengundur langkah kaki.

Nampak baran suka memaki, lagilah cepat aku menjauh diri

Nampak pakai rantai atau gelang, tambah mati rasa selera hati

Cerewet ke aku??


Salah kah kalau aku cuma mahu yang terbaik untuk hidup aku, untuk masa depan aku?

Kerana bagi aku, mencari pasangan bukan semudah memilih ikan kembung di Pasar Payang.

Tidak juga semudah seperti cakap-cakap orang yang kononnya berpengalaman.


Kata orang "Alah, kau tak cuba. Mana kau tahu"

Bagi aku, tak guna aku merisikokan kehidupan aku, tergopoh-gapah dalam membuat pilihan.

Kalau sengsara angkara itu, aku jua yang menanggung deritanya

Benar, hidup ni penuh teka teki. Tiada siapa yang tahu apakah manis atau pahit yang bakal ditempuh.

Tapi sekurang-kurangnya, aku tetap mahu menentukan yang terbaik.


Kerana aku mahu yang terbaik, aku juga mesti tekun perbaiki diri.

Kerana itu, aku perlukan ruang dan masa.

Jika tiba saatnya, takkan terlambat sesaat dua

Sama seperti mati.

Cerewet Ke Aku??

Aku tak makan durian Sayur frozen yang 3 sekawan(jagung,lobak dan kacang peas) tu pun aku tak makan Aku tak makan budu walau aku orang Teren...