Saturday, March 21, 2020

COVID-19 : Dimana Penghujungnya??

Hari ke-4 Peraturan Kawalan Pergerakan. Kesunyian, kerinduan, kerisauan, semuanya berbaur menjadi satu. 4 hari ini, air mata tanpa gagal menitis membasahi pipi. Kenapa? Mematuhi perintah kerajaan untuk kekal berada di rumah bukan satu perkara yang mudah bagi aku. Self-quarantine di tempat orang, keluarga yang jauh dari depan mata, ditinggal berseorang di rumah sewa dikala kawan serumah lain pulang ke pangkuan keluarga, beberapa sahabat yang turut terdedah dengab risiko jangkitan COVID-19, membuat hatiku gusar dan penuh kerisauan. Ketika melihat orang lain memanfaatkan masa bersama keluarga, membuat aku menakyng si air mata. RINDU. Ya rindu sebenarnya. Krisis COVID-19 ini membuat rindu semakin membuak dan menggunung. Alangkah bagusnya sekiranya aku dapat luangkan masa bersama keluarga.

Setakat 21 Mac 2020,jam 5 petang, sebanyak 153 kes baru positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1183 orang. Kes aktif yang sedang dirawat adalah sebanyak 1065 orang, 114 orang telah sembuh dan 8 kes kematian. Pertambahan jumlah pesakit COVID-19 saban hari di Malaysia menunjukkan satu angka yang agak membimbangkan memandangkan kita masih belum mempunyai ubat atau vaksin khas bagi melawan COVID-19. Tambahan lagi, Malaysia sebenarnya kekurangan peralatan bagi merawat wabak ini sekiranya bilangan pesakit yang disahkan positif meningkat dengan mendadak dalam satu masa.

Dalam kekalutan ini, hatiku terselit rasa KESAL. Kesal dengan sikap segelintir manusia. Pabila arahan dari pihak kerajaan cukup jelas meminta semua rakyatnya berada di rumah, kurangkan pergerakan keluar rumah, masih ada yang ingkar. Keluar bersiar-siar, lepak-lepak bersama kawan-kawan, seolah-olah COVID-19 adalah satu perkara kecil, yang boleh dimatikan dengan hanya menyembur racun serangga. Hah, korang tak nampak COVID-19, berani la kan. Cuba COVID-19 berupa wajah raksasa bertaring, yakin tiada yang berani menjenguk keluar. Sama juga dengan golongan yang menyembunyikan sejarah perjalanan. Anda menipu sejarah anda, dan anda bakal mengheret berpuluh, atau mungkin beratus dijangkiti wabak ini sekiranya anda diuji dan disahkan positif COVID-19.

Apa yang silap dan kurangnya kita disini? MENTALITI dan SIKAP. Mentaliti kita yang memandang enteng dengan arahan kerajaan. Mentaliti kita yang merasakan 'ohh, itu bukan tanggungjawab aku'. Mentaliti kita yang sentiasa merasa lebih hebat berbanding orang yang arif dalam bidangnya. Sikap kita yang menipu kepada pegawai perubatan. Sikap kita yang tidak bersifat jujur dan amanah. Sikap kita yang sukar menghadam arahan. Sikap kita yang gagal membezakan kebenaran.

Perutusan khas daripada Perdana Menteri jelas menyatakan agar orang ramai mesti berada di rumah sepanjang 14 hari tempoh PKP, tapi apa yang rakyat Malaysia buat?? Ya, berpusu-pusu pulang ke kampung atau melancong. Menjadikan tempoh kawalan sebagai satu perlancongan tanpa perlu mohon cuti dari syarikat.

Tolong lah semua, patuhi arahan PKP ini, atau kita mungkin akan berdepan dengan tempoh PKP yang panjang, atau tidak mustahil total lockdown. Kita semua akan merasa kesannya nanti seandainya perkara ini berlanjutan. COVID-19 adalah satu penyakit yang harus kita putuskan rantaiannya, atau kita akan berhadapan dengan jumlah kes dan kematian yang akan bertambah sepanjang hari. So please, stay safe, stay at home. Basuh tangan dengan sempurna dan jaga jarak anda.

Cerewet Ke Aku??

Aku tak makan durian Sayur frozen yang 3 sekawan(jagung,lobak dan kacang peas) tu pun aku tak makan Aku tak makan budu walau aku orang Teren...